akum
Tujuan saya menulis blog ini adalah kerana ingin berkongsi pengalaman saya sebagai Mr MAMA. Kenapa MR MAMA ??? Ini adalah kerana sekarang nie saya menjaga kedua-dua anak saya disebabkan isteri mengajar di Rembau manakala saya di KL.
Bagi coretan pertama saya ini, biarlah saya ceritakan sedikit tentang saya. Saya merupakan seorang jurutera disalah sebuah syarikat swasta di kuala lumpur dan telah berkahwin pada tahun 2005. Hasil perkahwinan kami dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak 1 bernama Ilham Qurratuaini berumur 4 tahun dan yg ke-2 bernama 'Ayisy Wa'ie berumur 1thn 9 bln. Bersyukur kepada Allah swt kerana telah mengurniakan anak yang sangat comel kepada pasangan kami.
Tak ku sangka satu hari nanti aku akan berjauhan dengan isteri kesayangan walupun bagi ku tidak la jauh mana rembau dengan kl. tapi bagi isteri ku lain pulak fikiran nya. Baginya rembau jauh dan susah utuk dia berulang. Bagi menjamin keselamatannya aku dan isteri bersetuju untuk berjumpa dihujung minggu saja memandangkan dia tidak biasa membuat perjalanan jauh. Oleh itu anak diserahkan kepada ku untuk menjaganya sehingga ke hari ini. Cukup bulan nie genap la 7 bulan aku bergelar Mr MAMA....
Di lain coretan akan aku ceritakan aktiviti harian aku sebagai seorang Mr Mama, Pekerja, Suami dan Anak...
Di harap semua terhibur dengan coretan ku yg tak seberapa ini. Mohon maaf andai salah silap kata didalam coretan ini yg baru buat ku.
